Tuesday 14 February 2012

Asal Usul Valentine's Day

Sejarah awal Valentine's Day bermula pada abad ke-3 M, apabila seorang raja Romawi yang amat berkuasa dan berpengaruh yang bernama Claudus II Ghoticus. Dengan perintahnya, seorang paderi yang bernama Santo Valentine telah dijatuhkan hukuman gantung pada tanggal 14 Februari 269 M.

Paderi Santo Valentine telah dihukum pancung lantaran menikahkan seorang remaja (tentera) muda yang telah menjalinkan cinta dengan pasangan kekasihnya, sehingga beliau dianggap telah menentang ketetapan peraturan kerajaan. Aadapun larangan berkawin kepada perajurit muda yang berkhidmat dengan kerajaan adalah , kerana prajurit muda kerajaan yang belum berkahwin dianggap memiliki kesungguhan dan kesetiaan yang luar biasa di medan perang.

Namun begitu…bagi pihak gereja, tindakan paderi Santo Valentine tersebut dianggap benar kerana telah melindungi orang yang menjalinkan cinta, sehingga dia dinobatkan sebagai pahlawan kasih sayang. Maka, tercatatlah dalam sejarah bahawa setiap tanggal 14 Februari diperingati sebagai hari kekasih bagi umat Kristian

Valentine’s Day juga merupakan warisan budaya Romawi kuno, yaitu upacara pemujaan dan penyembahan kepada dua Dewa besar, Leparcus (dewa kesuburan) dan Dewa faunus (dewa alam semesta).

Upacara tersebut dirayakan tepatnya pada tanggal 15 Februari, di zaman kekuasaan Kaisar Kontantine (280-337M). Dalam upacara tersebut, maharaja memberikan kesempatan kepada para remaja wanita untuk menyampaikan pesan cintanya kepada jejaka pujaan mereka. Kemudian, para remaja lelaki akan menerima pesan-pesan cinta tersebut. Mereka berpasang-pasangan, bernyanyi bersama, menari dan biasanya diakhiri dengan perbuatan zina atau perbuatan yang tidak bermoral.

Namun, pada abad ke-5 M, tepatnya tahun 494 M, Paderi Paus Glasium I,telah mengubah upacara penyucian ini sebagai peringatan Hari Kekasih (Valentine’s Day). Tarikh keramat untuk memperingati hari kekasih ini pun diubah kepada setiap 14 Februari, iaitu sempena hari di mana paderi Santo Valentine dihukum mati. Sehingga hari ini paderi, Paus Glassium I dikenal sebagai pelopor peringatan Valentine’s Day.

Perayaan Valentine’s Day merupakan tindakan yang menyerupai perayaan orang-orang kafir, .namun begitu tidak sedikit golongan remaja Islam yang meraikannya..Berbekalkan fatwa sendiri bahawa….. tak salah menyambut hari valentine day…kerana ianya sebagai tanda kita menghargai kekasih…maka perbuatan menyambut hari kekasih diraikan tanpa rasa bersalah…..!!!



Maka, benarlah apa yang disabdakan Rasulullah, "'Sesungguhnya kalian akan mengikuti jalan (cara hidup) orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, bahkan seandainya mereka memasuki lubang biawak pun, tentu kalian akan mengikutinya.' Kami (para sahabat bertanya), 'Wahai Rasulullah apakah mereka itu Yahudi dan Nashrani ?' Beliau menjawab, 'Siapa lagi kalau bukan mereka.'" (HR. Bukhari

Mudah-mudahan kita sebagai umat islam tidak meraikan hari kekasih yang ditiru dari agama Kristian dan agama purba Rom yang menolak agama para Nabi yang terdahulu…..Haram hukumnya kita menyambutnya apatah lagi orang yang kita sambut dan hargai itu pun namanya kekasih…suatu manusia yang belum halal bagi kita bersama dengannya kerana tiada ikatan perkahwinan yang sah…

Begitu juga dengan trend sekarang yang menyambut hari kekasih dengan pertemuan…bertukar hadiah…seterusnya duduk berdua-duaan….yang diakhiri dengan perbuatan zina…waliyazubillah…!!!

SEMOGA KITA TIDAK MENGIKUT AGAMA KRISTIAN YANG DIMURKAI ALLAH…JANGANLAH KITA MENCARI KEMURKAAN ALLAH DENGAN JALAN YANG TIDAK DIREDHAI…….HENTIKAN MAKSIAT…JAUHI KEROSAKAN…BOIKOT HARI KEKASIH….BOIKOT HARI VALENTINE DAY….SELAMATKAN AKIDAH ANDA.

No comments:

Post a Comment